Monday, November 29, 2010

CERITA PENCARI IKAN.

Setelah letih melayan aktiviti mencari ikan, menebar jala dan menahan jaring, aku dan rakan-rakan mesti mencari ruang masa dan tempat yang sesuai untuk merehatkan diri. Sambil menikmati keindahan alam yang sukar digambarkan pasti ada rakan yang rajin menyiang ikan dan menyalakan api. Begitu juga aku, gemar menyalai ikan yang segar. Apatah lagi kalau ikan yang berkualiti. Tentunya sedap dinikmati ketika masih panas lagi.  
 
Keredupan pepohon liar di muara yang ditemani pemandangan yang indah dan juga dihiasi hembusan angin nyaman dari laut begitu memikat jiwa ku sebagai pencari ikan. Aku amat bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang mengenali dan mengetahui ilmu seorang pencari ikan. Mungkin bagi sesetengah nelayan, ilmu aku teramatlah cetek jika dibanding dengan mereka tapi aku sudah berpuas hati. Cukup la pengalaman yang akan mendatang memberi aku ilmu pengetahuan tentang laut dan cari ikan.


 Begitu besar nikmat yang diberi oleh tuhan kepada makhluknya yang bernama manusia. Ikan segar dan besar dijadikan hidangan tengahari kami masa rehat tengahari. Sementara menunggu jaring yang terpasang. Dalam hati sudah berbunga-bunga kerana sudah ada buahtangan yang boleh dihulur pada sang isteri. Kami sebagai pencari ikan pastinya terasa gembira bila melihat sang isteri gembira dengan aktiviti kami. Aktiviti yang dijadikan hobi yang kadangkala beroleh hasil yang lumayan. Sungguhpun begitu, bukan lah hasil lumayan yang jadi tarikan kami sebagai pencari ikan tapi, kemesraan kami kepada alam semulajadi itu lah yang menarik kami untuk terus menjadi pencari ikan yang sentiasa mencari peluang dah ruang dimasa terluang. Alangkah nikmatnya ikan yang segar dan berkualiti dibakar begitu sahaja. Bertemankan sambal yang dibawa dari rumah.. Bersama rakan yang sama hobi dan sama pendapat. Diselangseli dengan senda gurau dan gelak ketawa. Alhamdulillah...


4 comments:

  1. kenapa masih ramai nelayan skrg tak beralih kepada ternakan ikan sangkar yg mana pendapat lebih stabil malah menguntungkan?

    ReplyDelete
  2. tah lah.. mungkin cara tu bagus untuk masa depan tapi kebanyakan nelayan kecil memang biasa dengan cara yang dipanggil 'duit segera' yang mana, hari tangkap ikan, petang jual esok dapat duit. kalau nak buat ternakan, lambat sangat lah hasil dia.. pendapat aku lah..

    ReplyDelete
  3. owh... mungkin juga sbb kurang pendedahan dan kempen oleh jabatan perikanan kot...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. terus terang cakap. kadang-kadang, pihak yang diharapkan pun susah bagi kerjasama. kadang tu sehingga menyusahkan orang yang susah..

    ReplyDelete